Basel II

Basel II merupakan Persetujuan Basel yang kedua, yang mencadangkan undang-undang dan peraturan perbankan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank. Matlamat Basel II, yang pada asalnya diterbitkan pada Jun 2004, adalah mencipta piawaian antarabangsa yang boleh digunakan oleh pengawal perbankan apabila mencipta peraturan mengenai banyak mana modal yang diperlukan oleh bank untuk disimpan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jenis risiko kewangan dan operasi yang dihadapi oleh pihak bank. Penyokong Basel II percaya bahawa piawaian antarabangsa sedemikian mampu mengawal sistem kewangan antarabangsa daripada jenis masalah yang mungkin timbul sekiranya bank utama atau beberapa siri bank gagal. Dalam perlaksanaan, Basel II cuba mencapai matlamat ini dengan menetapkan reka bentuk keperluan pengurusan risiko dan modal yang menyeluruh bagi memastikan bank memegang simpanan modal bersesuaian dengan risiko yang bank terdedah melalui amalan pinjaman dan pelaburannya. Secara umum, aturan ini bererti bahawa lebih risiko bank terdedah, lebih banyak jumlah modal yang perlu dipegang oleh bank bagi menjaga pihak bank dari kegagalan dan kestabilan ekonomi menyeluruh.Versi terakhir bertujuan:Sungguhpun perjanjian akhir menyelesaikan sebahagian besar isu regulatori arbitraj, terdapat juga bahagian di mana kehendak modal regulatori akan mencapah daripada modal ekonomi.Basel II kebanyakannya tidak merubah soalan bagaimana untuk mentakrifkan modal bank sebenarnya, yang menyimpang dari ekuiti perakaunan dalam hal penting. Takrifan Basel I, sebagaimana diubah suai sehingga kini, kekal berkuat-kuasa.